BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 10, 2012

BENGKEL KAYU

Alatan Tangan

Salam sejahtera semua, 
post kali ini, kita akan diperkenalkan dgn beberapa jenis dan bentuk alatan yg digunakan di dalam kelas bengkel kayu.
 Alatan ini digunakan untuk pelbagai tujuan dan kegunaan nya. 
Jom kita lihat nama, kegunaan dan keterangan bagi alatan ini :



SESIKU L

Bahagian lengan atau mata sesiku L diperbuat daripada keluli yang tahan.Manakala bahagian badannya diperbuat daripada kayu keras atau keluli. Sesiku L biasanya bersaiz 20cm.Pada mata ditandai dengan ukuran sentimeter dan inci


kegunaan
·         menguji sesuatu permukaan bersudut tepat dan kerataan permukaan kayu

menguji kepersegian kayu   






TALI UKUR




Pita pengukur  diperbuat daripada plastik atau keluli.Panjang pita pengukur yang biasa dapat dilihat ialah antara 2.0 meter hingga 8.0meter.


Kegunaan
·         pita pengukur ialah untuk mengukur jarak yang pendek serta panjang.
  •         Pita pengukur juga boleh digunakan untuk memindahkan ukuran.




GERGAJI LENGKUNG HALUS




       ·         Gergaji ini mempunyai mata yang sangat halus dipasang pada bingkai logam yang tegak.
  • Panjang matanya ialah150 mm.
  •  Gergaji lengkug halus ini digunakan untuk membuat lengkung yang sempit pada papan nipis pada bahagian dalam dan luar.

Sebenarnya, alatan tangan terdapat dalam pelbagai jenis seperti :
  1.   gergaji puting
  2.   apit f
  3.   tukul kuku kambing
  4.   pahat 
  5.   tukul kayu

Setakat ini post utk kali ini. Semoga maklumat ini dpt dimanfaatkan.










0 comments: