Alatan Tangan
Salam sejahtera semua,
post kali ini, kita akan diperkenalkan dgn beberapa jenis dan bentuk alatan yg digunakan di dalam kelas bengkel kayu.
Alatan ini digunakan untuk pelbagai tujuan dan kegunaan nya.
Jom kita lihat nama, kegunaan dan keterangan bagi alatan ini :
SESIKU L
Bahagian lengan atau mata sesiku L diperbuat
daripada keluli yang tahan.Manakala bahagian badannya diperbuat daripada kayu
keras atau keluli. Sesiku L biasanya bersaiz 20cm.Pada mata ditandai dengan
ukuran sentimeter dan inci
kegunaan
·
menguji sesuatu permukaan bersudut
tepat dan kerataan permukaan kayu
menguji
kepersegian kayu
TALI UKUR
Pita pengukur diperbuat daripada plastik atau
keluli.Panjang pita pengukur yang biasa dapat dilihat ialah antara 2.0 meter
hingga 8.0meter.
Kegunaan
·
pita
pengukur ialah untuk mengukur jarak yang pendek serta panjang.
- Pita pengukur juga boleh digunakan untuk memindahkan ukuran.
GERGAJI LENGKUNG HALUS
·
Gergaji
ini mempunyai mata yang sangat halus dipasang pada bingkai logam yang tegak.
- Panjang matanya ialah150 mm.
- Gergaji lengkug halus ini digunakan untuk membuat lengkung yang sempit pada papan nipis pada bahagian dalam dan luar.
Sebenarnya, alatan tangan terdapat dalam pelbagai jenis seperti :
- gergaji puting
- apit f
- tukul kuku kambing
- pahat
- tukul kayu
Setakat ini post utk kali ini. Semoga maklumat ini dpt dimanfaatkan.